Program Klik Dengan Bijak bersama Ketua Kampung dan Penghulu di Daerah Bau
25 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniPada 24 Oktober 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Krokong dengan kerjasama PI Sibuluh dan Serasot telah mengadakan program Klik Dengan Bijak di Baruk Redeems Centre, Kampung Singai. Program ini telah melibatkan ketua kampung dan penghulu di Daerah Bau.Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet secara selamat, positif dan tanggungjawab di samping mempelajari cara-cara menjadi seorang pengguna internet yang positif. Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah ceramah Klik Dengan Bijak, sesi soal jawab bersama peserta dan kuiz KDB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: